"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas Adun Terengganu disiasat tangkap ikan guna elektrik

FMT Reporters
Tangkap layar video tular memaparkan bekas Adun menangkap ikan menggunakan renjatan elektrik di sebuah lokasi tidak dikenal pasti.
PETALING JAYA: Seorang bekas Adun Terengganu dipanggil memberi keterangan semalam selepas tular video beliau menangkap ikan menggunakan alat terlarang.

Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat, berkata siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima laporan berhubung video tular itu pada 3 Julai lalu.

“Kini, pihak jabatan sedang melengkapkan siasatan sebelum kita rujuk kepada penasihat undang-undang negeri,” katanya menurut Sinar Harian.

Terdahulu, tular video 24 saat di media sosial memaparkan bekas Adun itu menangkap ikan menggunakan renjatan elektrik di sebuah lokasi tidak dikenal pasti.

Ruzaidi berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 3 Kaedah-kaedah Perikanan Darat Terengganu 1988, iaitu menangkap ikan menggunakan peralatan terlarang.

Katanya, peralatan terlarang termasuk menggunakan racun, bahan letupan dan peralatan mekanikal atau elektrik.

“Jika sabit kesalahan, pelaku berdepan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.”

Tiada ulasan: