"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis nafi anak ahli politik ditahan kes dadah di Langkawi

Hariz Mohd

Polis menafikan terdapat anak seorang ahli politik kanan ditahan dalam serbuan di pusat hiburan di Langkawi, Kedah minggu lepas.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Ketua Polis Daerah Langkawi Shariman Ashari mengesahkan terdapat serbuan dibuat.

Bagaimanapun, katanya, hanya dua orang ditahan.

“Dalam pemeriksaan tersebut dua orang lelaki tempatan ditahan kerana positif dadah dan dua lelaki tempatan ini tiada hubungan keluarga dengan mana-mana ahli politik di Malaysia.

“Saringan air kencing ke atas lain - lain pengunjung adalah negatif dan mereka tidak ditahan di lokap,” katanya.

Dia tidak mengulas soalan sama ada anak menteri turut terlibat.

Penjelasan itu dibuat selepas media sosial Edisi Siasat memuat naik dakwaan laporan polis mendakwa anak seorang menteri antara yang ditahan.

Edisi Siasat mendakwa ia adalah platform pembocor maklumat berkaitan hal ehwal pasukan polis.

Dakwaan itu antaranya menyebut anak lelaki menteri berumur 34 tahun dan tiga individu lagi berada dalam bilik orang kenamaan (VIP), tempat polis menjumpai ganja dan kokain.

Malaysiakini telah menghubungi ahli politik Pakatan Harapan (PH) itu dan sedang menunggu maklum balasnya.

Tiada ulasan: