"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PKR: PH-BN mampu menang 19 kerusi di Kedah

Predeep Nambiar

PETALING JAYA: Pakatan Harapan-Barisan Nasional percaya mampu merampas semula Kedah menjelang PRN kerana gabungan itu menguasai kerajaan persekutuan, kata Pengarah Pilihan Raya PKR negeri, Phahrolrazi Nawawi.

Beliau berkata, gabungan berkenaan yakin 19 kerusi berada dalam genggaman, iaitu bilangan diperlukan untuk majoriti mudah daripada 36 kerusi DUN.

Bagaimanapun, katanya, usaha memenangi kerusi luar bandar lebih mencabar.

“Kerusi luar bandar nampaknya kukuh dalam genggaman PAS, tetapi PH dan BN menyasarkan menang sekurang-kurangnya separuh daripada 36 kerusi dipertandingkan.

“Saya turun padang setiap hari untuk mendengar suara rakyat dan memahami ‘mood’ mereka. Senario politik telah berubah dan PAS tidak lagi boleh berkata ia mampu ‘sapu bersih’ 36 kerusi,” katanya kepada FMT.

Istilah ‘sapu bersih’ digunakan pemimpin Perikatan Nasional (PN) Kedah selepas gabungan berkenaan menang 14 daripada 15 kerusi Parlimen negeri itu dalam PRU pada November lalu.

PAS meraih sembilan kerusi, manakala lima lagi dimenangi Bersatu. PH hanya menang di Sungai Petani.

Phahrolrazi berkata, corak pengundian menunjukkan perubahan ketara khususnya dalam kalangan pengundi berusia 18 hingga 21 tahun.

Selain itu, katanya, rakyat Kedah umumnya tidak berpuas hati terhadap hubungan tegang antara negeri itu dengan Putrajaya akibat kenyataan pedas Menteri Besar Sanusi Md Nor.

“Ada peluang untuk PH dan BN menang, tetapi kami bukan saja perlu bekerja keras. Kami memang perlu berusaha sehabisnya.

“Sentimen perkauman digunakan untuk bermain politik, dan ini akhirnya hanya merugikan kita semua,” katanya.

Dalam DUN Kedah yang dibubarkan baru-baru ini, PN memegang 20 kerusi menerusi PAS (14) dan Bersatu (enam). Ia disokong Pejuang menerusi dua kerusi.

Pembangkang merangkumi PH (12 kerusi) dan BN (dua).

Tiada ulasan: