"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penumpang van jenazah terkejut beruk, mayat bangkit buka mata sebelum dikebumikan

WAN SITI AMINAH

Penumpang van jenazah terkejut selepas mayat yang telah disahkan meninggal dunia tiba-tiba bangkit semula sebelum dikebumikan.

Kembali bernafas, peristiwa itu seakan memberi peluang kedua kepada wanita yang menghidap penyakit kanser hati tersebut.

Kejadian itu dipercayai bermula apabila pihak hospital mengesahkan wanita tersebut mempunyai harapan yang tipis untuk hidup lebih lama.

Pihak keluarga kemudian memutuskan untuk mengeluarkan sahaja wanita itu dari hospital dan pulang menghabiskan sisa hidupnya di rumah.

Malangnya, wanita itu disahkan meninggal dunia sebelum sampai ke rumah oleh petugas paramedik yang menghantarnya pulang.

Petugas itu memaklumkan bahawa mereka yakin, jasad wanita yang berusia 49 tahun itu sudah berhenti menghembuskan nafasnya.

Menerima khabar duka, ibu mangsa yang bernama Mali segera menghubungi saudara mara bagi menyiapkan proses pengebumian.

Sudah membeli keranda, mayat wanita yang bernama Chataporn Sriphonia itu bakal dikremasi mengikut adat penganut Buddha.

Setelah sampai di rumah, jasad Chataporn kemudian dipindahkan ke rumah ibadat di Wat Sri Phadung Pattana untuk disimpan satu malam.

Namun, penumpang van yang membawa Chataporn terkejut beruk apabila wanita itu tiba-tiba bernafas dan membuka mata ketika dalam perjalanan.

Sukar mempercayai apa yang berlaku di depan mata, Mali tetap menghubungi keluarganya untuk menyampaikan khabar gembira tersebut.

Mali, bersama jasad anaknya yang kembali bernyawa
Meraikan peristiwa yang luar biasa itu dengan penuh sukacita, mereka percaya Chataporn menguatkan dirinya untuk bertemu anak-anak.

Berlaku di Udon Thani, Thailand, Chataporn segera dikejarkan semula ke hospital sambil ditemani anak perempuannya, lapor Daily Star.

Tiada ulasan: