"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis buru ‘Superman’ Lebuhraya PLUS K

Bernama
Tangkap layar video tular menunjukkan sekumpulan penunggang motosikal melakukan aksi ‘Superman’ dan zig-zag di Lebuhraya PLUS, berhampiran susur keluar ke Tanjung Malim dan Kuala Kubu Bharu.
KUALA LUMPUR: Polis membuka satu kertas siasatan berhubung tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang berlumba dan menunggang secara berbahaya di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berhampiran susur keluar ke Tanjung Malim dan Kuala Kubu Bharu.

Ketua Polis Hulu Selangor, Ahmad Faizal Tahrim, berkata rakaman video perbuatan sekumpulan penunggang motosikal berkenaan yang melakukan aksi “Superman” dan zig-zag tersebar menerusi laman sosial sejak semalam.

Beliau berkata, pihaknya giat mengesan semua penunggang motosikal berkenaan bagi membantu siasatan bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Tindakan penunggang motosikal ini menyebabkan kegusaran dan ketakutan kepada pengguna jalan raya yang lain dan risiko kemalangan,” katanya dalam kenyataan.

Faizal memohon orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian dan video yang tular itu tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Alauddin Salehudin di talian 013 6420184 atau 03 60641222.

Tiada ulasan: