"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki kelar leher, tikam perut dan tarik usus sendiri

WAN SITI AMINAH

Hilang pertimbangan, seorang lelaki dari Johor Bahru telah bertindak di luar kawalan dengan mengelar leher dan menikam perutnya sendiri.

Tidak cukup dengan itu, pemuda berkenaan sempat menarik keluar usus dari perutnya walaupun berada di dalam keadaan lemah.

Ajal dan maut di tangan Tuhan, lelaki yang berusia 32 tahun itu dilaporkan masih hidup dan sedang dirawat di hospital.

Dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, pemuda itu bagaimanapun berada di dalam keadaan tidak stabil.

Perkara itu dimaklumkan semalam oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, lapor Kosmo!.

Mencuba untuk membunuh diri, doktor yang merawat mangsa mensyaki pemuda itu sebenarnya mengalami masalah psikiatrik.

“Polis terima laporan berhubung kejadian itu pada hari dan waktu kejadian berlaku (hari Khamis, pukul 10.53 malam).

“Polis dapati lelaki warga tempatan itu cuba membunuh diri dengan menikam perut dan mengelar lehernya menggunakan pisau.

“Hasil siasatan polis dan pemeriksaan doktor HSA mengesyaki kejadian berlaku kerana dia dalam keadaan tidak stabil dan mengalami masalah psikiatrik,” katanya.

Terdahulu, tular satu rakaman memaparkan cubaan seorang lelaki untuk membunuh diri di dalam parit, berhadapan sebuah restoran di Taman Suria.

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan dilihat menarik keluar ususnya dalam keadaan yang lemah dan sudah terbaring di tepi jalan.

Tiada ulasan: