"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki bunuh individu dikatakan ancam sebar gambar intim kekasih dipenjara 30 tahun

V Anbalagan

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menjatuhi hukuman penjara 30 tahun terhadap seorang pekerja rencam kerana membunuh seorang kontraktor, yang dikatakan mengancam menyebarkan gambar intim kekasihnya.

Firdaus Abdul Karim, 27, yang membunuh Azzad Suhaini Hilalludin ketika masih berusia remaja, turut dikenakan 12 sebatan rotan.

Sidang tiga hakim dipengerusikan Hakim Harmindar Singh Dhaliwal memerintahkan tarikh hukuman Firdaus bermula dari 5 Jan 2015.

Mahkamah kini mempunyai budi bicara untuk menukarkan hukuman mati bagi kes bunuh kepada penjara 30 hingga 40 tahun. Pesalah lelaki bawah usia 50 tahun juga boleh disebat minimum 12 kali.

Peguam, S Paul Krishnaraja, memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya hanya merayu terhadap hukuman mati yang dijatuhi Mahkamah Tinggi Melaka. Perkara itu disahkan Timbalan Pendakwa Raya Noorhisham Jaafar.

Pada 2018, Firdaus dan teman wanitanya, Nur Fatihah Saqira Tahir, didapati bersalah membunuh Azzad berhampiran loji kumbahan di Bandar Baru Merlimau Utara, Jasin, antara 11.30 malam 31 Dis 2014 dan 1 pagi 1 Jan 2015.

Nur Fatihah berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 2022.

Menurut fakta kes, Nur Fatihah menjalin hubungan dengan Azzad sejak berada di Tingkatan 3, namun hubungan dingin selepas gadis itu menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Azzad dikatakan mengancam menyebarkan gambar intim mereka dalam sebuah telefon bimbit.

Pada malam kejadian, Azzad datang dari Perak untuk memberi kejutan kepada Nur Fatihah, yang ketika itu sudah memulakan hubungan dengan Firdaus.

Azzad diumpan ke tempat kejadian di mana Firdaus menikamnya berulang kali. Mayatnya dicampakkan ke dalam gaung dan kemudian ditemui orang awam.

Tiada ulasan: