"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Siasatan rasuah ke atas Daim diperluaskan

Harapandaily

Siasatan rasuah ke atas mantan menteri kewangan Tun Daim Zainuddin telah diperluaskan dimana perana beliau di dalam Central Limit Order Book – sistem perdagangan saham atas kaunter di Singapura pada tahun 1998 akan disiasat. CLOB kini sudah dinyahaktifkan.

Beberapa penyahlaburan oleh mereka yang bertentangan dari sudut politik akan turut disiasat. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah meluaskan skop untuk turut menyiasat proksi perniagaan dan tokoh korporat berprofil tinggi yang beliau turut uruskan ketika itu, lapor Channel News Asia.

Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendengar hujahan peguam Daim dan timbalan pendakwaraya berhubung saman yang telah difailkan oleh keluarga Daim.

Kumpulan peguam Daim diketuai oleh mantan peguam negara Tan Sri Tommy Thomas.

Mereka mahu mahkamah mengarahkan SPRM menghentikan siasatan, membatalkan penyitaan Menara Ilham dan memulangkan semua dokumen dan bahan yang telah disita dalam siasatan SPRM.

Menurut sumber, SPRM juga meneliti perana Daim dalam perdagangan saham dalam platform CLOB yang digunakan sebagai kaedah memaksa penyahlaburan untuk menguntungkan ahli perniagaan yang rapat dengan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Daim.

SPRM telah meminta Daim menyediakan kenyataan dari Hospital Assunta, Petaling Haya sejak Sabtu lalu tetapi Daim tidak sihat untuk disoalsiasat.

Peranan Mahathir?
CLOB yang ditubuhkan di Singapura pada 1990 selepas Kuala Lumpur mengharamkan perdagangan saham syarikat Malaysia di bursa Singapura.

Dr Mahathir turut mengharamkan perdagangan saham Malaysia di luar Malaysia dan tindakan tersebut membekukan berbilion dolar dalam bentuk saham yang melibatkan 112 syarikat Malaysia.

Pergolakan politik ketika itu menyaksikan Dr Mahathir memecat Anwar pada 1998 dan Anwar didakwa di mahkamah.

Dr Mahathir telah melantik semula Daim sebagai menteri kewangan dan Daim meluluskan konsesi oleh Datuk Seri Akbar Khan untuk menguruskan pemulangan ekuiti yang sebelum ini dibekukan di CLOB. Ia bernilai US$4 bilion.

Kontroversi CLOB turut menjejaskan hubungan Malaysia – Singapura.

Daim turut terpalit dengan tuduhan memaksa melibatkan hartawan Lim Thian Kiat dan syarikatnya MPHB.

Menurut laporan media, Lim dipaksa menjual kepada sekumpulan tokoh perniagaan yang diketuai Akbar dan pengarah Renong Bhd, Chan Chin Cheung.

Tiada ulasan: