"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anggota polis Fazrul Razzi Yunus didakwa merogol, melakukan persetubuhan luar tabii dalam kereta peronda polis

FMT
Anggota polis Fazrul Razzi Yunus (dua dari kanan) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang hari ini. (Gambar China Press)
AMPANG: Seorang anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan merogol pelajar, di sini, pada 9 Jan lalu.

Tertuduh, Fazrul Razzi, 31, turut didakwa melakukan persetubuhan luar tabii tanpa kerelaan, menggunakan objek ketika serangan seksual dan amang seksual terhadap remaja bawah umur.

Kesalahan itu didakwa dilakukan dalam kereta peronda polis di tepi jalan di Jalan Persiaran Saujana Ampang pada 10.30 malam, 9 Jan.

Tertuduh yang berpangkat lans korporal mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan iaitu mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merogol manakala kesalahan persetubuhan luar tabii tanpa kerelaan di bawah Seksyen 377C.

Kedua-duanya memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan.

Fazrul juga didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan kerana menggunakan senjata ketika melakukan serangan seksual yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Pertuduhan juga dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Mahkamah menetapkan ikat jamin RM20,000 untuk kesemua pertuduhan.

Tiada ulasan: