"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Langkah Seremban pulak dah

Langkah Seremban hanya provokasi mahu gugat keharmonian negeri
Harapandaily

Belum habis cerita tentang Langkah Dubai, muncul pula apa yang dipanggil Langkah Seremban iaitu gerakan untuk menjatuhkan kerajaan Negeri Sembilan.

Ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias bagaimanapun menyangkal dakwaan yang disifatkan sebagai provokasi mahu menggugat keharmonian negeri.

Menurutnya, tidak wujud perbalahan antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO/Barisan Nasional (BN) dan ADUN daripada Pakatan Harapan (PH).

“Saya sebagai EXCO Kanan Kerajaan Negeri Sembilan serta bersama 13 ADUN lain akan terus menyokong dan mengekalkan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan,” katanya dipetik BH.

Beliau menegaskan, pimpinan kerajaan negeri pada masa ini komited secara bersama memberi tumpuan membangunkan ekonomi dan masyarakat di negeri tersebut.

Kata Ahli Parlimen Jelebu dan ADUN Pertang itu, sudah wujud persefahaman yang cukup baik antara BN dan PH pada masa ini.

“Kita komited dan akan terus menyokong dan mengekalkan Aminuddin sebagai Menteri Besar, tidak timbul isu mengenainya lagi,” kata Jalaluddin lagi.

Untuk rekod, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan diwakili 14 ADUN daripada BN, 17 PH dan lima daripada Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti mudah membentuk kerajaan adalah 19 kerusi.

Tiada ulasan: