"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes culik ahli perniagaan Bangladesh, inspektor antara 7 ditahan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang pegawai polis antara tujuh suspek ditahan disyaki terbabit kes penculikan seorang warga Bangladesh di Bandar Seri Sendayan, Seremban minggu lalu.

New Straits Times melaporkan ahli perniagaan itu dikatakan mempunyai hutang RM70,000 berhubung urusan imigresen.

Menurut laporan itu, pegawai terbabit difahamkan berpangkat inspektor dan bertugas di Perak. Dia dikatakan bersubahat membantu enam suspek lain yang juga warga Bangladesh, termasuk dua yang menculik mangsa pada 10 Jan lalu.

Akhbar itu memetik sumber polis berkata, kejadian culik itu dilaporkan kepada pasukan keselamatan selepas adik mangsa di ibu negara gagal menghubungi abangnya, sebelum menerima maklumat mengenai penculikan itu.

Susulan laporan itu, sepasukan polis menyerbu sebuah lokasi dan menyelamatkan mangsa.

Pegawai polis itu ditahan di pejabatnya Jumaat lalu.

Ketua Polis Seremban, Arifai Tarawe berkata, semua tujuh suspek kini direman untuk siasatan.

Tiada ulasan: