"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Trak pikap rosak atas landasan sebelum dirempuh kereta api

KOSMO
Pihak berkuasa memeriksa lokasi kemalangan antara kereta api dan trak pikap di Daerah Bam Mi. - Matichon
BANGKOK – Seorang pemandu wanita di wilayah Lopburi, Thailand cedera parah apabila sebuah kereta api merempuh trak pikap dinaikinya, yang ketika itu tersadai di atas landasan, lapor laman berita Thaiger.

Insiden melibatkan kereta api laluan Bangkok-Chiang Mai itu berlaku sekitar pukul 4.45 petang (waktu tempatan) kelmarin.

Menurut pemandu kereta api, Kriangsak, dia segera meniup wisel dan cuba menekan brek selepas melihat trak pikap berkenaan berada di atas landasan, namun ia gagal dihentikan. 

Kereta api tersebut merempuh trak pikap berkenaan dan menyeretnya di sepanjang landasan sejauh lebih 100 meter bersama-sama pemandu yang dikenali sebagai Chaemchan. 

Seorang penumpang, Nirubon berjaya menyelamatkan diri dengan melompat keluar sebelum trak pikap itu dirempuh. 

Menurut Nirubon, trak pikap dinaikinya secara tiba-tiba rosak ketika Chaemchan cuba memandu melintasi landasan. 

Chaemchan mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Ban Mi untuk mendapatkan rawatan. – AGENSI

Tiada ulasan: