"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Buaya mirip ‘Godzilla’ dirakam seorang peminat buaya

KOSMO!
DAMIAN merakamkan video seekor buaya yang mirip naga. - Foto Instagram/wildmanadventures
SYDNEY – Seorang peminat buaya di Wilayah Utara, Damian ‘Wildman’ Duffy merakam seekor buaya tembaga gergasi menggunakan kamera kecil, lapor portal berita Outdoor. 

“Rakaman saya yang paling gila!” kata Duffy di platform Instagram pada Disember tahun lalu, sebelam klip video tersebut tular di media sosial.

Damian menggunakan kamera kecil dilekatkan pada kayu panjang supaya dia boleh membuat rakaman  dari jarak dekat.

Hantarannya mendapat pelbagai komen netizen.

“Awak merakam ini dengan sebatang kayu panjang?” kat seorang netizen.

“Ia bagaikan seekor naga,” kata seorang lagi netizen. – AGENSI

Tiada ulasan: