Ruwaida Md Zain
am@hmetro.com.my
Shah Alam: Cemburu dipercayai menjadi punca wanita mati dijerut di kawasan kebun pisang di Banting, Kuala Langat, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, suami mangsa antara dua suspek yang ditahan setakat ini.
"Siasatan setakat ini mendapati motif kes pembunuhan ini adalah cemburu. Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari," katanya di sini, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan wanita warga Indonesia ditemui mati dengan kesan jerutan di leher di kawasan kebun pisang di Banting.
Mohd Akmalrizal berkata, pihaknya menerima makluman berhubung penemuan mayat wanita berusia 30-an pada 11.07 pagi dan siasatan dijalankan membawa kepada penahanan dua lelaki warga negara sama yang bekerja sebagai tukang kebun di kawasan itu.
"Kedua-dua suspek berusia 30-an dan 50-an ditahan untuk bantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan