"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat ditemui tersangkut pada mata kail

Togi Marzuki
Anggota polis membawa naik mayat lelaki warga Indonesia yang tersangkut pada mata kail pemancing. – Foto PDRM
PONTIAN: Seorang pemancing terkejut apabila objek hanyut yang tersangkut pada mata kailnya ketika memancing di Pantai Sungai Buntu, Penerok di sini, semalam, adalah jasad manusia.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussein Mion Hussain berkata, dalam kejadian jam 7 malam itu, pemancing berkenaan menarik objek berkenaan ke tebing dan mendapati sekujur tubuh manusia.

Katanya, lelaki itu terus menghubungi talian kecemasan.

Menurutnya, siasatan awal pada fizikal mayat lelaki berkenaan mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

“Ketika ditemui, mangsa berpakaian lengkap, berseluar pendek dan menggalas beg pakaian berwarna hitam dan satu beg silang dibahu.

“Pemeriksaan lanjut turut menjumpai pasport dan kad pengenalan Indonesia yang didaftarkan atas penama Noto dengan nombor B2188882 dan berusia 52 tahun, ” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tiada ulasan: