"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gempar: 5 sekeluarga maut disyaki dibunuh

FMT Reporters

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Lorong Cherating Damai, Kuantan, sekitar 7 pagi tadi.
Lima sekeluarga ditemukan maut disyaki dibunuh dengan ahli keluarga dilihat berkumpul di lokasi kejadian. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: : Lima sekeluarga ditemukan maut dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Lorong Cherating Damai, Kuantan, pagi ini.

Ketua Polis Kuantan, Ashari Abu Samah, mengesahkan kejadian yang dipercayai berlaku pada 7 pagi tadi, lapor Bernama.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati pasukan forensik sedang menjalankan siasatan dan setakat 10.10 pagi, mayat semua mangsa belum dibawa keluar.

Orang ramai termasuk ahli keluarga juga dilihat berkumpul di lokasi kejadian dengan polis memasang garisan dilarang melintas kawasan berkenaan.

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, yang turut berada di lokasi dijangka mengadakan sidang media untuk berkongsi maklumat lanjut.

Tiada ulasan: