"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hujan lebat, kemalangan punca trafik sesak di lebuh raya utama

AMIR HAIKAL KAMARUDIN
Keadaan terkini di beberapa lebuh raya utama.
Negara
PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan meningkat dan bergerak perlahan malam ini berikutan hujan di kebanyakan lokasi selain insiden kemalangan.

Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) memaklumkan, setakat pukul 8.31 malam, kesesakan berlaku di Lebuhraya Utara–Selatan arah utara dari Kuala Kangsar ke Changkat Jering serta Juru ke Seberang Jaya.Produk Tempatan Malaysia

Bagi arah selatan lebuh raya sama, trafik perlahan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar susulan kemalangan di Kilometer (KM) 232.3, namun lorong kiri dilaporkan telah dibuka semula.

“Selain itu, aliran trafik juga perlahan di laluan Bandar Baru Nilai ke Bandar Ainsdale serta Senawang ke Pedas Linggi akibat kemalangan di KM 253.6 yang menghalang lorong kecemasan,” ujarnya

Dalam masa sama, di Lebuhraya Damansara–Puchong, kesesakan dilaporkan dari Puchong Utama ke Puchong Intan arah utara, manakala di Lebuhraya Lembah Klang Selatan arah timur, trafik bergerak perlahan dari IOI Putrajaya dan Persiaran Utara Putrajaya menuju Hospital Serdang.- KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: