KOSMO!

SEBUAH bangunan yang rosak teruk akibat gempa bumi di Playa Verde, negeri La Guaira dirakam kelmarin. – AFP
NEW YORK – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan membekalkan 10,000 beg mayat kepada Venezuela walaupun berharap angka korban akhir gempa bumi berkembar tidak akan setinggi itu.
Gempa bumi berkembar minggu lalu meratakan seluruh kawasan kejiranan di negeri tepi pantai La Guaira, membunuh lebih 1,700 orang, manakala berpuluh-puluh ribu penduduk hilang.
Penyelaras PBB untuk Venezuela, Gianluca Rampolla del Tindaro enggan membuat spekulasi di luar angka rasmi tersebut tetapi berkata: “Kami pastinya akan melihat angka korban lebih tinggi daripada yang telah dilaporkan.”
“Saya boleh berikan anda petunjuk. Kami sedang mendapatkan bekalan, dan ia dipersetujui oleh pihak berkuasa di sini (Venezuela) iaitu 10,000 beg mayat.
“Ini adalah satu andaian, ia sangat menyedihkan dan kami benar-benar berharap jumlah korban sebenar akan lebih kecil daripada itu,” tambah Rampolla del Tindaro pada satu sidang akhbar.
Rampolla del Tindaro juga memuji tindak balas antarabangsa, dengan mengatakan, sebanyak 27 negara telah mengerahkan lebih 2,000 anggota penyelamat dan kakitangan lain bersama lebih 160 anjing pengesan. – AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan