FMT Reporters
PETALING JAYA: PAS mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon Umno-Barisan Nasional (BN) di kerusi tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada PRN Johor 11 Julai ini.
Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata arahan itu dikeluarkan bagi memastikan sokongan kepada Umno-BN di kawasan tidak mempunyai calon daripada PN.
“PAS mengarahkan ahli dan penyokong mengundi calon Umno atau BN di DUN tidak ditandingi PN.
“Saya yakin ahli PAS memahami betapa perlunya penyatuan ummah diteruskan dan PN ialah wadah ke arah penyatuan tersebut,” katanya menurut Sinar Harian.
PAS bertanding di 11 DUN pada PRN Johor kali ini berbanding 15 sebelumnya.
Komponen PN yang lain iaitu Bersatu bertanding di 16 kerusi, MIPP (5) dan Pejuang (1).
BN pula bergerak solo dan bertanding di semua 56 DUN.
Manakala PH rakan BN dalam kerajaan perpaduan juga meletakkan calon di 56 kerusi.
Sementara itu, Tuan Ibrahim memaklumkan arahan tersebut sudah dimaklumkan ke peringkat akar umbi.
“Inilah yang ditegaskan. Jangan undi PH,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan