"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terengganu: Remaja 17 tahun ditahan bantu siasatan kes amang seksual

Nurul Fatihah Sulaini

BESUT: Remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, penahanan itu susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang remaja perempuan, awal pagi tadi.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa berusia 17 tahun dipercayai mengenali suspek dan merupakan rakan sebaya.

“Kedua-dua duanya masih belajar dan kejadian berlaku di Jertih. Bertindak atas laporan polis menahan suspek seorang lelaki bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 14(a), Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan dan privasi pihak terbabit.

“Ibu bapa serta penjaga juga perlu memantau penggunaan media sosial anak-anak dengan lebih tegas untuk mengelakkan mereka terdedah kepada pengaruh dan pergaulan berisiko,” katanya.

Tiada ulasan: