"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rafizi: Pengundi suka parti Bersama, tapi fikir tak boleh menang

FMT Reporters

PETALING JAYA: Cabaran terbesar Bersama bukan terletak kepada penerimaan pengundi, sebaliknya meyakinkan mereka parti itu mempunyai peluang menang pilihan raya, kata pemimpinnya Rafizi Ramli.

Rafizi berkata, sesetengah pengundi menyukai tawaran dibawa Bersama, namun ragu-ragu untuk menyokong parti baharu berbanding blok politik yang lebih kukuh dan lama bertapak.

“Ini bukan soal sama ada mereka menerima kita atau tidak, tetapi sama ada mereka mempunyai keyakinan penuh bahawa kita boleh membawa perbezaan,” katanya pada satu acara Bersama di Shah Alam, sambil memetik kenyataan seperti “Saya suka idea anda, tetapi anda terlalu baharu. Biarlah parti gergasi bertembung dahulu”.

Beliau berkata, perkara sama terpaksa dihadapi pengundi yang tidak berpuas hati dengan Pakatan Harapan (PH), di mana mereka sebaliknya mungkin memilih Barisan Nasional (BN) kerana kurang yakin kemampuan Bersama menewaskan PH.

“Saya ada bertemu dengan ramai (pengundi) bukan Melayu yang kata, ‘Saya nak mengundi ni menangis dalam hati, saya sebenarnya tak nak mengundi dah PH, DAP, PKR semua ni…tapi kalau saya tak undi PH, DAP semua, awak baru, awak tak boleh kalahkan Umno, jadi saya tak dapat pecah undi, saya kena bagi kepada PH.”

Beliau berkata, ia akan mengambil masa bagi Bersama mengatasi persepsi sedemikian.

Rakan pemimpin parti, Nik Nazmi Nik Ahmad mengenalpasti Selangor sebagai medan tempur utama yang berpotensi bagi Bersama, sambil menyatakan pengundi di negeri itu yang berpendidikan tinggi dan tinggal di kawasan bandar memberi peluang kepada parti tersebut untuk bertapak.

Tiada ulasan: