"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kerana wartawan UM ni, Harussani mempercayai fitnah!!

laniismaa
Haprak
Gambar di atas dikatakan wartawan Utusan Malaysia yang membuat fitnah dengan memutar belit kenyataan TG Nik Aziz yang kini berlegar di internet. Wartawan yang tanpa segan silu memutar belit kenyataan TG Nik Aziz tentang pemberian BR1M.

Menariknya juga apabila Mufti Umno Perak Tan Sri Harussani terpengaruh dengan fitnah tersebut dan begitu seronok mengulasnya dan dipergunakan Utusan Malaysia.

“Adakah apabila kita bersedekah kepada seseorang, orang itu juga seperti haiwan. Ini tidak betul. Jangan menghina mereka yang kurang berkemampuan.

“Lainlah kalau kerajaan hanya beri bantuan kepada orang tertentu. Baru salah. Ini terbukti semua rakyat dapat bantuan tanpa mengira bangsa, keturunan mahupun ‘warna baju’.” – Utusan Malaysia

Pelik juga kalau sesuatu berkenaan dengan Nik Aziz, Harussani dengan pantas dan bingkas menghurainya tanpa meneliti setiap tutur kata Nik Aziz terlebih dahulu. Adakah Harussani juga mempercayai Nik Aziz akan tergamak berkataan seperti yang Utusan Malaysia maksudkan. Rasanya Harussani lebih mempercayai lidah biawak Utusan Malaysia dari sumber sahih hanya kerana berminat dengan Umno.

Tonton Video kenyataan TG Nik Aziz di http://www.facebook.com/photo.php? 
Laman

Tiada ulasan: