"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ali Rustam mengaku BN Melaka dalam bahaya, 4 kerusi Parlimen dan 14 kerusi Dun tak selamat

Mutaligat
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengakui bahawa 4 kerusi Parlimen dan 14 kerusi Dun di Melaka berada dalam keadaan bahaya bagi BN.

"Kalau Dato Ali menyatakan 4 kerusi Parlimen dan 14 Kerusi Dun bahaya kepada BN maka kita kena menang sedikit lagi untuk memerintah Melaka"

"Ali berkata begitu dalam akhbar Cina hari ini" ujar Shamsul.

Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran PAS MTD Bukit Baru di Kg Bukit Katil malam tadi. Ceramah menarik minat ramai kerana ia diadakan betul-betul di hadapan Dewan Tun Ali dan Rumah Melaka.

Ramai pemerhati berpendapat 4 kerusi Parlimen tersebut ialah Kota Melaka, Bukit Katil, Alor Gajah dan Tangga Batu. Manakala 14 kerusi Dun pula ialah Bandar Hilir, Kesidang, Kota Laksamana, Ayer Keroh, Bachang, Klebang, Bemban, Duyong, Paya Rumput, Rim, Machap, Bukit Baru, Telok Mas dan Durian Tunggal. Kawasan-kawasan dikategorikan sebagai kawasan hitam.

Malah pemerhati politik juga melihat kerusi-kerusi seperti Lendu, Asahan, Serkam, Taboh Naning, Sungai Rambai dan Ayer Molek juga dilabelkan sebagai kelabu oleh BN.

Tiada ulasan: