Salmah Mat Husain
(Perbincangan tertutup antara Anwar dengan TG Nik Aziz di JKR 10)
KOTA BHARU: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perjumpaan kira-kira satu jam dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz di JKR 10 hari ini.
Pertemuan tertutup itu diadakan sempena dengan program Jelajah Anwar ke negeri ini hari ini.
Turut serta mengiringi Anwar adalah Penolong Setiausaha PKR, Rosli Abdullah dan anggota Parlimen Ketereh, Abdul Aziz.
Di pihak kerajaan negeri Kelantan pula, Tuan Guru Nik Aziz disertai oleh Exco Datuk Husam Musa dan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Haji Zulkifli Mamat dan beberapa lagi.
Namun selepas itu, Anwar mengadakan perbincangan tertutup dengan Tuan Guru Nik Aziz.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan