"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pencerobohan di Lahad Datu: Kerajaan, Pasukan Keselamatan dan Tentera bacul dan penakut?

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Siapakah yang sepatutnya menguruskan situasi di Lahad Datu apabila 150 orang penceroboh Sulu lengkap bersenjata memasuki kawasan Malaysia, Wisma Putra atau Menteri Pertahanan?
(Hishamudin meneropong dari jauh memerhati gerombolan bersenjata di bumi Sabah)
Inilah yang menimbulkan persoalan kepada pelbagai pihak di negara ini, kata Lim Kit Siang, ketua ahli Parlimen DAP.

Ketika beliau rungsing dengan persoalan ini, ada juga rakyat Malaysia yang beranggapan ia sengaja dibuat untuk mewujudkan situasi tidak tenang menjelang pilihan raya umum ke 13 ini.

Hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Hussein berkata bahawa Kementerian Dalam Negeri menyerahkan kepada Wisma Putra untuk membuat keputusan berhubung permohonan kerajaan Filipina meminta lanjutan masa bagi pengusiran kumpulan penceroboh di Lahad Datu.

Akan tetapi, ia tidak boleh terlalu panjang, memandangkan kementerian tidak akan berkompromi dengan perkara yang mampu mengancam kedaulatan negara.

Jelas, Menteri Dalam Negeri tidak senada dengan majoriti rakyat Sabah dan Malaysia yang sama-sama merasakan bahawa kedaulatan dan keselamatan negara telah dikompromi pada permulaan pencerobohan itu lagi.

Ia bermula dengan 150 militia Sulu memasuki kawasan Sabah di Kampong Tanduo dalam Felda Sahabat, Lahad Datu sejak 9 Febuari.

Ada kedaulatan dan keselamatan negara telah diancam oleh pencerobohan yang kononnya tentera Kesulatanan Sulu, kebanyakkan rakyat Malaysia terbukti lebih patriotik berbanding Menteri Dalam Negeri sendiri dalam hal ini.

"Sebenarnya, soalan yang semakin ditanya-tanya rakyat Malaysia adalah mengapa Hishammuddin menyerahkan kepada Wisma Putra bukannya kepada Kementerian Pertahanan?

"Bolehkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan mengapa beliau bertegas bahawa Hishammuddin dan pihak polis yang sepatutnya menguruskan situasi penceroboh Sulu apabila sepatutnya Menteri Perhanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pasukan tentera?" kata Lim Kit Siang.

Sehingga kini rakyat Sabah dan Malaysia masih tergapai-gapai tentang bagaimana terdapat kelompongan pada kawalan keselamatan sejak awal lagi melibatkan tentera laut, pasukan tentera, pasukan maritime dan polis sehingga mengakibatkan pencerobohan militia Sulu.

Siapa yang bersedia kedepan dan bertanggungjawab terhadap kelompongan dalam kawalan keselamatan dan situasi buntu yang sudah masuk minggu ketiga, mengancam bukan saja kedaulatan dan keselamatan negara tetapi memberikan imej buruk kepada Malaysia.

Ia berlaku ketika pemimpin kerajaan berulang kali berbangga bahawa Malaysia merupakan negara paling selamat di Asia Tenggara – "Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Perdana Menteri atau pegawai-pegawai di dalam pasukan tentera atau polis, siapakah yang akan dipersalahkan?"

"Saya menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghentikan sekatan maklumat terhadap situasi Kampung Tanduo daripada media Malaysia," katanya.

Bagi beliau, kerajaan Malaysia sepatutnya mula memberitahu rakyat Sabah dan Malaysia apa sebenarnya terjadi di Kampung Tanduo, bermula dengan lawatan Perdana Menteri sendiri untuk “Listen, Listen, Listen” kepada rakyat di Lahad Datu.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Saya sangat setuju dengan komen diatas...

Sebagai rakyat malaysia, dan bekas ATM, saya rasa malu, bagaimana perairan negara yang dikatakan dijaga ketat oleh 4 agensi boleh dicerobohi oleh gerombolan musuh bersejata dengan mudah?.. mereka nak test power kot.. akan ada menteri yang kena letak jawatan niii..