"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Angkasawan dedah bunyi misteri di angkasa lepas



BEIJING - CHINA. Angkasawan China pertama berkata, dia terdengar bunyi ketukan semasa penerbangan pertama ke angkasa, namun tiada siapa yang mampu menjelaskan sebab terjadinya perkara itu.

Angkasawan, Yang Liwei berkata, bunyi pelik itu menyebabkan dia berasa sangat gementar dan melihat ke angkasa lepas namun tidak melihat sesuatu yang luar biasa.

Liwei yang kini merupakan pegawai utama Tentera Udara China berkata, bunyi itu kedengaran seperti seseorang yang sedang mengetuk kapal angkasa dan menyamakan bunyi itu seperti hentakan tukul pada baldi besi.

Liwei yang kini berusia 51 tahun itu berkata, pengalaman tersebut telah menimbulkan pelbagai teori termasuk makhluk asing.

Tambahnya lagi, dia tidak pernah mendengar bunyi sedemikian ketika perjalanan pulang ke bumi.

Pada tahun 2003, Liwei menjadi orang pertama yang dihantar ke angkasa lepas melalui program angkasa China, mengorbit bumi beberapa kali semasa penerbangan 21 jam.

Angkasawan itu menceritakan pengalaman dalam satu temu bual baru-baru ini, memberitahu media China bunyi ketukan misteri berlaku tanpa sebab.

"Ia tidak datang dari luar mahupun dalam kapal angkasa, tetapi kedengaran seperti seseorang mengetuk badan kapal angkasa seperti mengetuk baldi besi dengan tukul kayu.

Liwei mendedahkan dia sangat gementar apabila dia mendengar bunyi dan cuba untuk menyiasat punca bunyi berkenaan, namun gagal untuk melihat apa-apa yang luar biasa.
-sinarharian

Tiada ulasan: