"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Giliran Imam Besar Kuwait 'Bakar' Israel

KRISIS kebakaran yang melanda Israel ternyata menggembirakan ramai pihak terutamanya umat Islam yang menganggap bencana itu sebagai bala ke atas kekejaman rejim Zionis terhadap penduduk Palestin.

Terbaharu, trend "Tel_Aviv_IsBurning” (Tel_Aviv Sedang Dibakar) dan “Israel_IsBurning" (Israel Sedang Dibakar) tersebar dan menjadi ikutan dalam laman sosial Twitter.

Tidak terkecuali, Imam Besar Kuwait, Sheikh Mishary Alfasy Rashid turut melahirkan rasa syukurnya terhadap bala yang diturunkan Allah ke atas Israel menerusi kenyataan dan gambar yang dikongsi dalam Twitter.

"Semoga api terus membakar," katanya kepada 11.6 juta pengikut laman sosial itu.

Kenyataan itu dikongsi semula sebanyak 20,000 kali dalam tempoh 24 jam selepas disiarkan.

Bagaimanapun tindakan Sheikh Mishary itu mengundang kecaman daripada jurucakap Perdana Menteri Israel, Ofir Gendelman yang menganggap kenyataan tersebut sebagai satu sifat kebencian.

Terdahulu, Imam Kanada, Mazin Abdul Adhim menyatakan bencana yang menimpa Israel sebagai bala Allah atas kekejamam Israel menindas dan menceroboh Palestin.

Kebakaran hutan di tanah jajahan Israel memasuki hari kelima yang menyaksikan lebih 80,000 penduduk terpaksa dipindahkan selain rejim Zionis merayu bantuan dari negara luar untuk memadamkan api.

-------------
Kebakaran Israel Bala Daripada Allah - Imam Kanada
PENDATANG haram Yahudi bertempiran lari selepas kebakaran merebak berdekatan sebatang jalan raya di Haifa pada 24 November 2016. - AP
OTTAWA: Seorang imam di Kanada berharap kebakaran yang berlaku di Israel akan membakar seluruh tanah jajahan rejim Zionis sebagai balasan terhadap penindasan ke atas penduduk Palestin.

Mazin Abdul Adhim, seorang imam terkemuka berketurunan Iraq yang kini berada di London, Ontario, menerusi kenyataan dalam laman Facebook berkata, bencana itu juga merupakan balasan terhadap Israel kerana cuba mengharamkan azan di seluruh kawasan yang diceroboh.

Malah kata beliau, kebakaran yang merebak dengan cepat disebabkan angin kencang mungkin dilihat sebagai satu kebetulan tetapi beliau percaya bala tersebut diturunkan oleh Allah.

Mazin Abdul Adhim
"Menarik apabila melihat kelemahan rejim Zionis dan mereka terpaksa bergantung kepada bantuan negara luar untuk menyelamatkan diri.

"Mereka tidak mengawal dunia, apatah lagi mengawal tanah kecil yang diberikan kepada mereka secara percuma oleh British selepas Perang Dunia Pertama.

"Tanpa boneka (negara sekutu) yang melindungi mereka serta kewangan yang disalurkan daripada AS, Israel tidak mampu bertahan walaupun untuk tempoh seminggu.

"Semoga Alla meningkatkan lagi tiupan angin untuk merebakkan lagi kebakaran sehingga tanah jajahan Israel hangus sebagai balasan merampas tanah penduduk asal di Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya," tulis Mazin.

Kebakaran besar di Israel berlanjutan sejak empat hari lalu menyebabkan puluh ribu pendatang haram Yahudi terpaksa menyelamatkan diri.

Rejim Zionis juga terpaksa merayu bantuan antarabangsa untuk memadamkan kebakaran tersebut yang sukar dikekang secara bersendirian.
-mstar

Tiada ulasan: