"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video: Jurulatih sarkas maut dibaham singa


Kaherah: Seorang jurulatih haiwan buas maut diterkam seekor singa ketika mengadakan pertunjukan secara langsung di Mesir baru-baru ini.

Dalam kejadian tragis itu, mangsa dikenali sebagai Islam Shaheen, 35, dirakamkan sedang mengarahkan seekor singa menggunakan sebatang kayu ketika seekor singa lagi memanjat tangga semasa persembahan yang diadakan di Iskandariah.

Namun secara tiba-tiba, singa ketiga terus menerkam Shaheen dan menggigit bahagian lehernya sambil diperhatian oleh seorang lagi lelaki yang dipercayai pembantu jurulatih tersebut.

Kejadian berkenaan turut disaksikan oleh berpuluh kanak-kanak yang terkejut dan menjerit apabila melihat aksi ganas singa terbabit.

Beberapa lagi jurulatih cuba membantu Shaheen dengan memukul singa berkenaan menggunakan kayu untuk menghalau haiwan pemangsa itu.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital Andalusian Salam tetapi disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Menurut adiknya, Shaheen memiliki pengalaman selama 10 tahun bekerja sebagai jurulatih di sarkas.

Sementara itu, jurucakap sarkas, Mohammed Mustafa berkata, serangan itu berlaku akibat kelakuan sensifit singa tersebut memandangkan ketika ini merupakan musim mengawan.

Singa terbabit telah dihantar ke pusat pemeriksaan haiwan untuk tindakan lanjut dan tidak akan menyertai sebarang pertunjukan.
-kualalumpurpost

Tiada ulasan: