Zainudin Maidin
Ini adalah suatu analisis yang mudah berasaskan random sampling secara senyap di akar umbi oleh saya sendiri dan kawan-kawan di seluruh negeri negeri sejak dua bulan lalu yang menunjukan UMNO berada dalam kedudukan yang sangat rapoh dan pimpinan Datuk Seri Najib amat tidak popular di seluruh pelusuk tanah air.
Rakyat biasa menolak BN bukan atas soal IMDB atau RM 2.6 Billion tetapi mereka merasa tikaman GST, kenaikan harga barang dan juga kejatuhan ringgit.
Tinjauan ini mendapati hanya lima buah negeri yang akan kekal di tangan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum yang dijangka akan diadakan pada bulan April tahun depan.Negeri-negeri itu ialah Johor, Melaka, Perak,Perlis dan Pahang.
Yang sudah pasti akan berada di tangan pembangkang ialah Kedah,Kelantan(Pas kekalkan kuasa),Terengganu dan Pulau Penang (Kerajaan yang sama).
Sebab utama Kedah akan jatuh ketangan pembangkang ialah kemenangan BN di pilihanraya umum lalu adalah faktor Mukhriz. Oleh kerana ada jaminan pertukaran Menteri Besar kepada Mukhriz Tun Dr.Mahathir maka rakyat memberi undi kepada BN dan sekarang rakyat Kedah termasuk veteran UMNO dan penyokong Pas tidak lagi dapat menerima barisan kepimpinan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang dianggap sudah " Basi".
Anak-anak muda di Kedah sedang bergerak cergas menyokong Mukhriz mengembangkan Bersatu.
Hingga kini Mukhriz mendukong simpati ramai kerana rompakan kuasa darinya dirasakan oleh rakyat Kedah sebagai merompak hak mereka.
Di Terengganu ke pimpinan negeri Ahmad Razif Abdul Rahman lebih mudah jatuh kerana dari awal berada dihujung tanduk dan tidak mesra rakyat malah maruahnya hilang di mata rakyat apabila semua anugerah kebesarannya dilucutkan oleh Sultan Terengganu.Beliau satu-satunya MB yang tidak bergelar Datuk
Malah nama MB Terengganu ini tidak diingati oleh sebahagian besar rakyat negeri itu.
Pimpinan Pas Kelantan telah membulat nikat tidak akan menyerahkan Kelantan kepada BN dengan apa cara sekalipun dan telah pun menggerakan jentera operasi senyap tapi rakus di kawasan-kawasan yang dipegang oleh BN termasuk kawasan Parlimen Mustapha Muhammed.Mereka tidak bagitu ghairah dengan kerjasama Pas UMNO yang diterokai oleh Presiden Pas Haji Hadi.
Keadaan hubungan PAS UMNO di Kelantan adalah pepat di luar rencong di dalam.
Di Pulau Pinang rakyat dapat melihat dengan jelas pembangunan agresif di bawah pimpinan Ketua Menteri DAP Guan Eng,sekurang-kurangnya mereka dapat melihat Penang lebih bersih dibandingkan dengan "kekotoran" di bawah BN dulu.
Saya tidak dapat meramalkan kedudukan BN di kawasan Parlimen kerana ini bergantung kepada samaada akan berlaku satu lawan satu atau BN dapat memecahkan kepada pertandingan dari beberapa penjuru.
Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung sekarang mestilah bersedia untuk menerima hakikat pahit bahawa BN pasti akan hilang kuasa sekurang-kurangnya di lima negeri.
Ini bukan fitnah tetapi informasi yang berhemah
http://zamkata.blogspot.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan