"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kemalangan ngeri: Dua pemuda maut digilis lori (Gambar)


Kuala Lumpur: Dua pemuda maut digilis sebuah lori setelah motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Tesco Ampang di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.25 petang itu, mangsa yang maut, Muhammad Shaqil Anwar Hamzah dan Mohammad Ariffin Billah Mohamed Nazir masing-masing berusia 21 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Pegawai Turus Trafik Selangor, Deputi Superintendan Sahimi Husin berkata, kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z itu dalam perjalanan dari arah Cheras menghala ke Hulu Klang sebelum melanggar belakang sebuah kereta jenis Perodua Alza.

“Akibat perlanggaran itu, motosikal yang dinaiki mangsa hilang kawalan lalu terjatuh di lorong tengah lebuh raya dan digilis sebuah lori yang dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Ampang untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, ketika kejadian, keadaan jalan basah dan sesak kerana hujan.

Sahimi berkata, rakaman percakapan pemandu lori telah direkodkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-Kosmo

Tiada ulasan: