"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Raja Kamarul Bahrin sah dilantik Timbalan Menteri

Malaysia Dateline
Raja Kamarul Bahrin sah dilantik Timbalan Menteri
Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad sah dilantik Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau ditemui Malaysia Dateline hari ini selepas angkat sumpah jawatan Senator di Dewan Negara mengesahkan nama beliau antara yang disebut-sebut sejak semalam, akan dilantik sebagai Timbalan Menteri.

“Saya dengar timbalan menteri perumahan, ini yang saya kena rushing (segera) ke Istana,” ujarnya.

Di minta mengulas mengenai jawatan Senator beliau berkata, akan melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara.

“Saya akan buat yang terbaik dengan pelantikan ke jawatan Senator ini,” ujar bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu ini.

Bagi Ketua Bahagian Bersatu Ketereh Dr Radzi Jidin dan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong enggan mengulas sama ada mereka akan dilantik kejawatan Timbalan Menteri.

Sumber juga memaklumkan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong akan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertahanan.

Ketika diserbu media mereka enggan mengulas mengenai portfolio yang akan diumumkan hari ini.

Sejak semalam sudah tersebar desas-desus kemungkinan pelantikan Raja Kamarul Bahrin, Dr Mohd Radzi dan Chin Tong dilantik sebagai Timbalan Menteri kabinet Pakatan Harapan yang masih berbaki tiga kekosongan.

Kekosongan tiga jawatan timbalan menteri itu dari di Kementerian Pertahanan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Majlis angkat sumpah bagi jawatan timbalan menteri itu akan diadakan di Istana Negara jam 3 petang ini.

Pada 2 Julai lalu, Dr Mahathir berkata tiga lagi menteri akan dilantik menjadikan keseluruhan barisan Kabinetnya kepada 29 orang menteri.

Katanya, pelantikan tiga menteri itu hanya boleh dibuat selepas mereka mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara.

Tiada ulasan: