"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Imam, ibu tunggal ditahan bersama

Metro

Agensi

Aceh: Akibat kemaruk cinta seorang ibu tunggal, seorang imam di Indonesia ditangkap ketika bersama pasangannya.

Akibat kejadian itu juga, lelaki berusia 33 tahun dan ibu tunggal yang mempunyai empat anak itu dinikahkan.

Ketua Sub Bahagian Perhubungan Awam Polis Aceh Tamiang, Untung Sunaryo mengesahkan penduduk menangkap pasangan itu ketika mereka berdua-duaan pada malam Rabu. 

Katanya, lelaki itu yang bertugas sebagai imam di sebuah kampung di Seruway sudah mempunyai isteri dan empat anak manakala wanita itu ibu tunggal.

"Maklumat yang kita terima sebelum ini mendakwa kedua-duanya sering bertemu.

"Penduduk yang sememangnya sudah curiga memerhatikan gerak-geri wanita itu yang kelihatan sendirian di sebuah kedai fotostat di sebelah masjid.

"Dia kemudiannya berjalan ke halaman masjid sebelum memasuki kereta milik imam itu.

"Apabila menyedari mereka diperhatikan, pasangan itu menghidupkan enjin kenderaan," katanya dalam Tribunnews.

Pasangan itu kemudian ditahan oleh penduduk.

Tiada ulasan: