FAZLI RADZI
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengakui sebahagian kritikan dan serangan terhadap Perdana Menteri adalah benar.
Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) itu berpendapat sebahagian daripada serangan dan ‘analisa’ yang dibuat orang ramai itu “mungkin ada benarnya”.
“Soal serangan-serangan dan analisa yang dibuat itu sebahagiannya mungkin ada benar, yang perlu kerajaan ambil perhatian.
“Tapi sebahagiannya mungkin kerana luahan emosi masing-masing,” katanya semalam dipetik Malaysiakini.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata demikian sebagai mengulas tindakan ramai pengguna media sosial mengecam dan menyindir presiden Bersatu itu ketika melawat Jakarta semalam.
Rata-rata warga maya menyatakan rasa berag dan tidak puas hati terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) serta Muhyiddin menerusi ruangan komen di akaun Facebook Istana Negara.
Dalam satu hantaran yang memuat naik gambar Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong kelmarin, warganet menggunakan platform media sosial untuk mengadu kesukaran mereka sewaktu pandemik Covid-19 dan tidak kurang juga yang “menyerang” pentadbiran Muhyiddin.
Situasi sama turut dilakukan menerusi Facebook Presiden Indonesia Joko Widodo ketika memuat naik gambar lawatan Muhyiddin ke negara itu.
itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan