"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rafizi: Timbalan menteri dilantik dalam satu atau dua minggu

Elill Easwaran

PUTRAJAYA: Putrajaya akan menguruskan hal melantik timbalan menteri minggu ini, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Rafizi Ramli.

Rafizi pada sidang media berkata para timbalan menteri mungkin akan mengangkat sumpah dalam satu atau dua minggu, dan menambah perkara itu dibincangkan Jemaah Menteri semalam.

Beliau berkata prosesnya sama seperti hal melantik menteri. Katanya lagi, bilangan timbalan menteri daripada setiap parti bergantung kepada jumlah Ahli Parlimen masing-masing.

“Perdana menteri akan tengok senarai calon-calon yang dicadangkan pemimpin parti-parti dalam kerajaan perpaduan, dan portfolio yang sesuai,” katanya.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai 28 Jemaah Menterinya pada Jumaat, lebih kecil berbanding pentadbiran Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.

Empat menteri yang bukan Ahli Parlimen dilantik sebagai senator – Tengku Zafrul Aziz, Saifuddin Nasution, Zambry Abd Kadir dan Na’im Mokhtar.

Komposisi setiap parti dalam Jemaah Menteri adalah Pakatan Harapan (15) melibatkan PKR, DAP, Amanah dan UPKO; Barisan Nasional (6) membabitkan Umno; Gabungan Parti Sarawak (5) menerusi PBB, PRS dan PDP serta Gabungan Rakyat Sabah (1).

Tiada ulasan: