"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PM10 yang dikatakan ejen yahudi mengurangkan cabutan khas 4D hanya 8 kali setahun mulai 2023

Cabutan khas 4D hanya 8 kali setahun mulai 2023

Nora Mahpar dan Chia Wan Rou

PETALING JAYA: Bermula 1 Jan depan, cabutan khas nombor ramalan 4D dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri pertamanya, beliau berkata, keputusan drastik itu diambil walaupun baru sehari beliau menerajui Kementerian Kewangan.

“Satu hari saya jadi menteri kewangan, saya boleh mengambil keputusan untuk membatalkan keputusan awal tahun ini mengenai cabutan khas perjudian yang dilakukan ketika Jemaah Menteri yang disertai PAS dan Bersatu untuk meningkatkan cabutan daripada lapan ke 22 kali.

“Pada hari ini, saya arahkan ia dikekalkan pada tahap lama, iaitu lapan kali,” katanya.

Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin pada 2021 meluluskan semua permohonan agensi nombor ramalan untuk cabutan khas sebanyak 22 kali setahun.

Keputusan itu mendapat kritikan hebat, termasuk sebahagian besar pemimpin PAS yang mendesak ia dikurangkan ke jumlah asal lapan kali ketika pentadbiran Pakatan Harapan pada 2018.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata, timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi akan mempengerusikan Jawatankuasa Pengurusan Bencana bagi membentangkan langkah segera menghadapi sebarang kemungkinan ketika musim tengkujuh.

Katanya, seorang lagi timbalannya, Fadillah Yusof akan memastikan semua perkara berbangkit dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diselesaikan segera.

Beliau turut memaklumkan kerajaan pimpinannya akan meneruskan sebarang dasar baik ketika pentadbiran Ismail Sabri Yaakob.

Tiada ulasan: