"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kronologi kes Batu Puteh, bagaimana rakyat Malaysia dibohongi Mahathir

Harapandaily

MOHD PUAD ZARKASHI

Pembohongan terbaru Tun Mahathir mengenai Batu Puteh ialah itu bukan keputusan dia seorang. Itu keputusan kolektif jamaah menteri.

Tetapi ia disangkal oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Anthony Loke. Mereka mendakwa Tun Mahathir menghantar surat lebih awal pada ICJ melalui Peguam Cara Negara pada 21 Mei 2018

Mesyuarat pertama Kabinet berlaku pada 23 Mei 2018 (setelah surat dari Peguam Cara dihantar kepada ICJ).

Pagi sebelum mesyuarat Kabinet, Mahathir terlebih dahulu beritahu Singapura, dia membatalkan rayuan Batu Puteh. Mahathir jelas membelakangkan Kabinet. Mesyuarat Kabinet hanya “rubber stamp”.

Dapatan RCI jadi bukti kukuh Mahathir telah meminggirkan jemaah Kabinet. Sebab itu RCI mencadangkan Mahathir disiasat di bawah akta jenayah.

Inilah kronologi yang rakyat Malaysia kena tahu bagaimana mereka telah dibohongi;

23 Mei 2008: ICJ putuskan Batu Puteh milik Singapura

2 Mei 2017: Malaysia memfailkan semakan semula keputusan 2008 kerana ada bukti baru (rayuan boleh dibuat dalam tempoh 10 tahun).

9 Mei 2018: Kerajaan BN tumbang.

10 Mei 2018: Tun Mahathir dilantik Perdana Menteri ke 7.

13 Mei 2018: Mesyuarat Council of Elders.

14 Mei 2018: Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Peguam Negara diarah bercuti (force leave) iaitu 4 hari selepas Mahathir jadi PM ke 7.

Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faezah memangku jawatan AG. Wan Azizah mendedahkan Engku Faezah yang menulis surat kepada ICJ pada 21 Mei 2018 membatalkan rayuan Batu Puteh.

28 Mei 2018: Mahathir hantar surat kepada ICJ menyatakan Malaysia dan Singapura setuju membatalkan permohonan rayuan dan tafsiran.

29 Mei 2018: Singapura sahkan surat permohonan Malaysia.

29 Mei 2018: ICJ arahkan supaya permohonan Malaysia, dikeluarkan daripada senarai secara rasmi. Maka kedaulatan Batu Puteh hilang selama-lamanya kerana tempoh 10 tahun telah tamat.

30 Mei 2018: Akhbar The Strait Times Singapura telah melaporkan Malaysia menarik diri rayuan Batu Puteh.

2 Julai 2019: Timbalan Menteri Luar iaitu Datuk Marzuki Yahya beritahu Dewan Rakyat bahawa Malaysia masih komited untuk membuat semakan. Ini bohong paling mega kerana hakikatnya kita telah kehilangan Batu Puteh selama-lamanya pada 28 Mei 2018 lagi.

Malangnya Tan Sri Mahiaddin Md Yassin sanggup kata keputusan Mahathir adalah kolektif. Dia bersekongkol mempertahankan Mahathir yang menjual kedaulatan negara.

Ini pembohongan paling mega dalam sejarah kerana Malaysia kehilangan wilayah, maruah tercemar selama-lamanya kerana menyerah diri tanpa berperang.

Siasatan tidak boleh tertangguh dan hukuman mesti berat kerana punca kekalahan adalah disengajakan. Rakyat mesti tolak pengkhianat termasuk yang bersekongkol.

Tiada ulasan: