"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bersedia dengan tin Milo: Penyokong Pas berjemaah serang Razman, hanya anak yang bela habis-habisan

SITI NUR ZAWANI

Penyokong Pas menyelar tindakan pemimpin mereka yang sekali lagi terpalit dengan dakwaan memfitnah.

Mereka secara berjemaah menyerang Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria secara terbuka di media sosial.

Seorang ahli Pas melabel Razman sebagai “bodoh”, mengatakan pemimpin itu adalah beban kepada Pas kerana berterusan melakukan fitnah terhadap pihak lawan.

Individu menggunakan laman Facebook Live GP berkata, adalah lebih baik untuk Razman melepaskan jawatannya sebagai pesuruhjaya Pas.

“Buat beban pada parti je. Lepas satu-satu masalah bodoh korang buat. Otak tak ada. kalau tak pandai cerita pasal dasar ekonomi, pendidikan, pelaburan cari idea lain bagi menarik minat anak muda pada Pas. Ini duk cerita itu anak ini.. itu anak ini.

“Cadangan aku sebagai ahli Pas, turun je lah jadi pengerusi pas perak. Dulu sakit hati dengar orang cakap Pas parti fitnah. Lama-lama ehh betul apa orang cakap..,” katanya dalam satu komentar di FB.

Terdapat cadangan daripada penyokong lain yang meminta Razman direhatkan dari parti kerana telah merosakkan imej Pas.

“Mohon Pas Pusat Perak rehatkan dulu Haji Razman Zakaria ni. penatlah macam ini. Kalau patut pecat pun pecat lah. Merosakkan imej parti. Otak ada pakai lah sebaiknya YB…,” kata Panglima Awang pula.

Razman sebelum ini mengaku salah kerana mendakwa Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sebagai anak kepada pengasas YTL Corporation Berhad, Yeoh Tiong Lay.

Razman yang juga Adun Semanggol turut memohon maaf kepada Yeoh dan kumpulan YTL atas kesilapannya itu.

Bagaimanapun Yeoh dalam satu respon balas menyatakan satu tindakan undang-undang akan diambil terhadap Razman kerana wakil rakyat Pas itu didapati memfitnah Yeoh dengan bermacam-macam dakwaan yang lain.

Susulan isu yang sedang hangat ini, satu komentar dipercayai ditulis anak kepada Razman tular di media sosial.

Anaknya Muhammad Rif’aat Razman tampil mempertahankan bapanya, mengatakan Hannah Yeoh sememangnya berketurunan dengan Yeoh YTL

Kata beliau, dakwaan bapanya bukanlah satu penghinaan kerana bapanya hanya mengatakan Yeoh berasal daripada keturunan anak orang kaya.

“Pak Teh nak kata, Hannah Yeoh tu seketurunan dengan Francis Yeoh YTL.

“Macam orang Melayu, anak Syed, Nik, Wan, Megat. Maksudnya keturunan. Asal syarikat Perak Anjung, dijual kepada syarikat YTL.

“Bukan fitnah atau hina pun. Kita kata dia daripada keluarga orang kaya, hina dan fitnah kot mana. Lainlah kalau kita kata dia anak pengganas komunis. Munasabah la kalau dia nak marah,” ujarnya.

Tiada ulasan: