Meor Riduwan Meor Ahmad
am@hmetro.com.my
![ANTARA dadah yang dirampas dalam milikan suspek di sebuah kediaman di Muar, Johor. FOTO Ihsan IPK Melaka.](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2025-01-29_14-31-20_1738132349.jpg)
ANTARA dadah yang dirampas dalam milikan suspek di sebuah kediaman di Muar, Johor. FOTO Ihsan IPK Melaka.
Melaka: Polis Kontinjen Melaka menahan tiga beranak dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih setengah juta di sebuah kediaman di Muar, Johor, Ahad lalu.
Suspek berusia 49 tahun itu ditahan bersama dua anaknya masing-masing penuntut sebuah kolej swasta dan pelajar sekolah menengah kira-kira 8 malam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Jasin.
Pemangku Ketua Polis Melaka Datuk Md Nazri Zawawi berkata, antara dadah dirampas adalah heroin seberat 23,372 gram, syabu seberat 10,200 gram dan pil Erimin 5 sebanyak 275 biji bernilai RM556,271, selain menyita harta bernilai RM56,050.
"Sindiket ini dipercayai bergiat aktif sejak pertengahan tahun laly di sekitar kawasan Muar, Johor serta Jasin, Melaka dan semua dadah yang dirampas ini dipercayai untuk pasaran tempatan yang boleh digunakan oleh seramai 442,860 orang penagih.
"Hasil ujian saringan air kencing mendapati semua individu yang ditahan bebas penyalahgunaan dadah dan semakan rekod mendapati si bapa mempunyai rekod lampau jenayah serta narkotik," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, ketiga-tiga suspek direman tujuh hari bermula Isnin lalu hingga 2 Februari depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana
Tiada ulasan:
Catat Ulasan