"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

12 warga Indonesia ditahan, bot nelayan dirampas

Juwan Riduan
Foto APMM
KOTA KINABALU: Seramai 12 kru warga Indonesia ditahan selepas dipercayai bekerja tanpa permit sah dalam satu operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan utara Pulau Manukan, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid, berkata penahanan dibuat selepas bot itu dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan.

"Sebahagian daripada mereka disyaki melanggar Akta Imigresen 1959/63 kerana menggunakan Pas Lawatan Sosial tanpa permit kerja sah, selain bot terbabit disyaki melanggar Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana beroperasi tanpa jumlah kru mencukupi seperti ditetapkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kesemua kru berusia antara 21 hingga 54 tahun itu ditahan sebelum vesel terbabit diiring masuk ke jeti untuk siasatan lanjut, selain menyita vesel dengan anggaran nilai rampasan keseluruhan mencecah RM2 juta.

Beliau menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang, khususnya membabitkan kesalahan imigresen dan keselamatan pelayaran.

Tiada ulasan: