Alias Abd Rani
KLUANG: Seorang remaja lelaki ditahan kerana disyaki merakam video seorang wanita dalam tandas di sebuah pasar raya di Taman Suria di sini.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, suspek berusia 18 tahun dan tidak bekerja itu ditahan selepas perbuatannya disedari oleh mangsa.
Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku pada jam 9.20 malam Khamis lalu, dengan mangsa adalah pekerja pemandu tren kanak-kanak berusia 35 tahun.
“Berikutan kes itu, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 dan Seksyen 377D Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.
Ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati remaja itu bebas bahan terlarang.
“Kertas siasatan sudah lengkap dan suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret di sini, esok.” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan