"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 lokasi persembunyian 500 tentera AS di UAE diserang peluru berpandu

Buletin TV3 

TEHRAN: Jurucakap Markas Pusat Khatam al-Anbiya mendakwa dua lokasi persembunyian tentera Amerika Syarikat (AS) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu diserang menggunakan peluru berpandu dan dron tepat, mengakibatkan korban besar dalam kalangan anggota tentera AS.

Menurut kenyataan rasmi yang disiarkan media Iran, serangan itu didakwa dilancarkan oleh pasukan Aeroangkasa dan Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) dalam tempoh beberapa jam lalu.

“Dua lokasi telah dikenal pasti – satu menempatkan lebih 400 orang dan satu lagi lebih 100 orang. Kedua-duanya menjadi sasaran peluru berpandu dan dron, mengakibatkan kerugian sangat besar,” kata Jurucakap berkenaan.

Beliau turut mendakwa pasukan perubatan kecemasan kini giat memindahkan mangsa yang terkorban dan cedera, termasuk pegawai serta anggota tentera AS.

Dalam kenyataan sama, pihak Iran turut memberi amaran keras kepada kepimpinan AS bahawa kehadiran tentera negara itu di rantau Asia Barat akan membawa padah.

“Rantau ini akan menjadi kubur bagi tentera Amerika,” katanya.

Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa Amerika Syarikat mahupun Emiriah Arab Bersatu berhubung dakwaan serangan tersebut.

Perkembangan ini berlaku dalam suasana ketegangan yang semakin memuncak antara Iran dan Amerika Syarikat susulan siri serangan balas antara kedua-dua pihak di rantau tersebut.

Tiada ulasan: