"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki Pakistan didenda RM20,000 benar 4 PATI berada dalam kenderaan miliknya

Sharifah Mahsinah Abdullah
Lelaki warga Pakistan didenda RM20,000 selepas mengaku salah membenarkan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) berada dalam kenderaan miliknya, minggu lalu. - Foto NSTP
Lelaki warga Pakistan didenda RM20,000 selepas mengaku salah membenarkan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) berada dalam kenderaan miliknya, minggu lalu. – Foto NSTP
PASIR MAS: Seorang lelaki warga Pakistan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah membenarkan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) berada dalam kenderaan miliknya, minggu lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Zulkifli Abdullah turut memerintahkan Muhammad Zaman, 30, dipenjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh didakwa membenarkan empat PATI berada di dalam sebuah Proton Gen-2 di kawasan parkir hadapan sebuah kedai, Jalan Parit Dalam, Kota Bharu, kira-kira jam 7.10 pagi pada 12 Julai lalu.

Empat PATI terbabit ialah seorang warga India dan tiga warga Pakistan berusia antara 23 hingga 37 tahun.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 55E(2) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Siti Khaidijah Khairuddin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah turut memerintahkan Proton Gen-2 yang digunakan ketika melakukan kesalahan itu dilucut hak kepada kerajaan.

Tiada ulasan: