"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peniaga ditahan disyaki terbabit 10 kes amang seksual budak lelaki

Bernama

MELAKA: Polis menahan seorang peniaga tempatan dipercayai terbabit 10 kes amang seksual kanak-kanak lelaki dari Mac hingga semalam.

Ketua Polis Melaka, Dzulkhairi Mukhtar, berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan orang awam di Balai Raya Taman Desa Duyong, di sini, kira-kira 6 petang semalam, sebelum diserahkan kepada polis.

Beliau berkata, 10 mangsa terbabit berusia lapan hingga 13 tahun dan kejadian didakwa berlaku di taman permainan, surau, pasar raya, kedai makan serta rumah suspek.

“Suspek didakwa mendekati mangsa di taman permainan atau selepas menunaikan solat di surau dan bertindak memeluk, mencium pipi atau dahi serta memegang bahagian sulit mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Suspek direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Tiada ulasan: