"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rakyat Malaysia maut ketika mendaki Gunung Elbrus

Saadiah Ismail

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, mengesahkan seorang rakyat Malaysia meninggal dunia pada 11 Julai lalu ketika mendaki Gunung Elbrus di Persekutuan Rusia.

Menurut kementerian, mendiang adalah sebahagian daripada kumpulan tiga rakyat Malaysia yang menyertai pendakian Gunung Elbrus melalui sebuah syarikat pengendali pendakian di Persekutuan Rusia.

“Kedutaan Besar Malaysia di Moscow sudah berhubung dengan keluarga mendiang serta dua rakyat Malaysia yang turut menyertai pendakian itu bagi menyelaras segala urusan yang berkaitan dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya.

“Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, akan terus memantau perkembangan kes ini dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya bagi memastikan segala urusan berkaitan dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Kementerian turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang,” menurut kenyataan itu.

Tiada ulasan: