KOSMO
Tangkap layar video menunjukkan orang ramai memegang ular sawa gergasi yang ditemukan di dalam hutan. - DetikJAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di Polewali Mandar, wilayah Sulawesi Barat membunuh seekor ular sawa gergasi sepanjang 8 meter yang ditemukan di dalam hutan, lapor laman berita Detik.
Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan sejumlah lelaki dewasa cuba mengawal ular dengan memegang kepala dan ekornya.
Seorang penduduk tempatan duduk di atas ular sawa berkenaan untuk mengawal pergerakannya.
Reptilia tersebut ditemukan oleh dua penduduk tempatan di kawasan semak-samun di Desa Batetangnga kelmarin.
“Rakan yang menemani saya menyangka ia adalah bakul untuk mengisi durian. Selepas melihat dengan teliti, kami terkejut.
“Bimbang dengan saiznya yang besar, kami segera pulang dan mendapatkan bantuan daripada warga setempat,” kata Yunus.
Ular itu dibunuh kerana membahayakan keselamatan orang ramai, terutama apabila lokasi penemuannya tidak jauh dari kebun. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan