"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jalan Ampang sesak, pokok tumbang hempap kereta

MOHD. FAHMI ISMAIL
Pokok tumbang menghempap sebuah kereta dan menghalang laluan di Jalan Ampang.
PETALING JAYA – Sebuah kereta dihempap pokok tumbang di hadapan Menara AIA, Jalan Ampang, di sini, menyebabkan kesesakan panjang di kawasan berkenaan.

Menerusi perkongsian pengguna Threads @zev.azez, kejadian itu disedari selepas dia selesai makan tengah hari di Jakel Square.

“Selepas makan tengah hari di Jakel Square, saya terserempak dengan kejadian tidak diingini ini bertentangan Menara AIA, Jalan Ampang. Sebuah kereta dihempap pokok tumbang. Harap pemandunya selamat. Kereta itu pula…memang tidak selamat,” katanya.

Sementara itu, Aazirahafiza berkata, kejadian berkenaan menyebabkan kesesakan panjang di kawasan tersebut.

“Patutlah panjang betul jem, ada pokok tumbang depan Menara AIA! Memang tempat tunggu Hamka balik sekolah pula. Harap tak ada orang atas kereta. Betul-betul jatuh dekat bahagian pemandu tu,” katanya.

Kosmo! kini sedang mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: