"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Imam buat laporan polis, kenderaan diconteng cat hitam

Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my

Tumpat: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian khianat terhadap kenderaan yang dinaiki imam warga Thailand di Jeti Kok Majid, di sini, malam tadi.

Imam berusia 30 tahun itu dikatakan meletakkan Honda City milik isterinya di jeti berkenaan pada 7.30 malam, sebelum ke Masjid Pulau Beluru di sini.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata,

sebaik selesai menunaikan solat Isyak dan kembali ke jeti berkenaan pada 9.36 malam, mangsa mendapati kesan cat hitam pada kenderaannya.

"Sebelum kejadian, mangsa turut menerima satu tangkapan skrin daripada rakannya yang mengandungi kenyataan berhubung dakwaan bahawa beliau diugut berkaitan isu pemberian maklumat kepada pihak berkuasa mengenai aktiviti penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan Kepulauan Tumpat.

"Mangsa bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan. Siasatan lanjut bagi mengenal pasti suspek dan motif kejadian sedang dilakukan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

"Polis juga menjalankan siasatan kemungkinan kejadian khianat berkenaan (berkaitan) dengan maklumat diterima pengadu sebelum kejadian," katanya menerusi kenyataan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di talian 09-7252482 atau hadir di balai polis berhampiran.

Tiada ulasan: