"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar, Rakyat Menjadi Saksi Kerakusan BN

Krisis Perak menyerlah sikap UMNO dan BN yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengenepikan undang-undang demi memenuhi nafsu politik, kata Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim.

Beliau mengulas tindakan BN menginjak undang-undang serta mengarahkan polis menggunakan kekerasan untuk menangkap V.Sivakumar ketika sidang DUN Perak 7 Mei lepas.

"Rakyat menjadi saksi betapa rakusnya kerajaan BN memastikan mereka terus berkuasa sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk menggunakan pelbagai jentera kerajaan semata-mata untuk kepentingan politik pemimpin-pemimpin mereka", kata Anwar.

"Pencabulan sistem raja berperlembagaan di Perak dan pelbagai lagi yang akan menyusul selepas ini merupakan antara rentetan sejarah hitam yang didalangi oleh agenda perubahan dari dendangan perdana menteri baru yang tidak lebih dari sandiwara lapuk", tambah beliau.

Anwar turut menyelar tindakan pihak berkuasa menangkap lebih dari seratus rakyat yang tidak berdosa termasuk beberapa orang Ahli Parlimen dan ADUN semasa dan sebelum sidang itu.

Tiada ulasan: