"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Siapakah MB Perak yang sah ditentukan hari ini .

Mahkamah Rayuan jam 9.30 pagi pada hari ini akan bersidang bagi mendengar kes rayuan DS. Nizar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang telah menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei yang lepas.

Mahkamah Rayuan juga pada hari ini akan memulakan sidang bagi membicarakan rayuan Zambry terhadap keputusan hakim Mahkamah Tinggi yang telah memutuskan bahawa Zambry adalah MB Perak yang tidak sah sekaligus mengistiharkan Nizar adalah MB Perak yang sah.

Pembicaraan yang diadakan pada hari ini di mahkamah Rayuan Kuala Lumpur adalah siri pembicaraan yang mendapat perhatian pelbagai pihak khususnya warga Negeri perak yang menantikan sinar baru politik negeri itu yang nampaknya terus berlanjutan.

Walau apapun harapan yang diberikan kepada perbicaraan itu, satu harapan yang paling tinggi dan saya rasa sangat diharapkan juga oleh pelbagai pihak, iaitu tidak akan ada campurtangan dari mana-mana pihak pun dalam menentukan keputusan kes ini.

Kemenangan DS. Nizar di mahkamah Tinggi sebenarnya telah menaikkan kembali martabat dan imej badan kehakiman dimata rakyat.

Semuga keputusan yang paling adil diberikan sebagaimana ianya diberikan kepada DS. Nizar di Mahkamah Tinggi. 

Tiada ulasan: