"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pilihan Raya Perak Bila-Bila Masa Daripada Sekarang


   

Pilihan raya negeri Perak bakal berlaku pada bila-bila masa berdasarkan keputusan Barisan Nasional yang tidak menyertai pilihan raya kecil Penanti dan keputusan Mahkamah Rayuan yang dijangka memihak kepada BN .

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata pembubaran DUN Perak dilihat akan mengimbangi langkah BN tidak bertanding di Penanti.

Untuk mencapai strategi menyelamatkan maruah dan imej Umno dan BN supaya tidak kelihatan bacul menarik diri daripada pertandingan di Penanti, Husam menjangkakan  keputusan Mahkamah Rayuan esok berhubung rayuan Datuk Seri Dr Zambry  Abd Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi akan memihak kepada beliau .

"Pembubaran DUN Perak juga akan mengimbangkan langkah BN tidak meletakkan calon di Penanti. BN tidak gentar. Buktinya, BN bertindak berani membubarkan DUN Perak sedikit masa lagi dan BN berani menghadapi pilihan raya di Perak dan dengan itu, tidak menyertai Penanti adalah atas sebab prinsip semata-mata.

"Jika maklumat saya ini hendak dijadikan kenyataan, langkah pertama ialah Mahkamah Rayuan perlu membuat keputusan yang menyebelahi Zambry, Khamis ini. BN sangat memerlukan keputusan itu untuk BN akan dilihat bertindak menasihati Sultan untuk pembubaran itu dan bukan Pakatan Rakyat. Mereka juga mempunyai kelebihan sebagai "care taker government" sepanjang tempoh kempen," Husam menulis dalam blog beliau hari ini.

Husam menambah pengunduranBN dari Penanti hendaklah dibaca sebagai satu strategi membuat kejutan terbalik iaitu pilihan raya mengejut di Perak.

Beliau yang juga Exco Kelantan berkata pilihan raya baru perlu di adakan segera di Perak bagi mneyelamatkan institusi raja di negeri itu.

"Pakatan Rakyat pada pendapat saya bersedia dengan pilihan ini kerana krisis Perak perlukan penyelesaian segera dan muktamad. 

"Jika tidak satu lagi institusi yang sebelumnya dilihat terhormat iaitu Istana juga akan menghadapi kepudaran kepercayaan rakyat sama seperti hampir keseluruhan institusi di negara ini," kata Husam lagi.

Husam juga menyentuh mengenai pertemuan beliau dengan tiga tokoh iaitu Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib awal minggu ini mengenai krisis politik Perak.

"Daripada segi prinsip semua ketiga pimpinan yang saya temui bersetuju DUN Perak harus dibubarkan. 

"Dr Chua memberikan saranan, pembubaran dilakukan melalui undi percaya di DUN terlebih dahulu, baik oleh BN atau Pakatan Rakyat, selepas siapa diputuskan menang sebagai MB yang sah pada 21 Mei ini. Itu adalah pandangan beliau.

"Tetapi akhirnya pembubaran adalah perkara pasti yang perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak, jika ingin dilihat bermaruah," tambah beliau.

Husam berkata Dr Chua telah membangkitkan isu ini secara serius dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN malam baru-baru ini dan difahamkan parti komponen BN yang lain berkongsi pandangan langkah pembubaran DUN sebagai jalan "survival" kepada politik BN di Semenanjung. 

Kegagalan berbuat demikian kata Husam akan mendorong kepada penolakan rakyat terhadap BN di seluruh Semenanjung.

TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: